Carian ID YES

Wednesday, 25 February 2015

Bengkel Latihan Robotik NXT Berpusat

Tempat : Kolej Melayu Kuala Kangsar
Tarikh : 26 Februari 2015
Peserta :

Nur Ashikin bt. Anuar
Dayang Nur Adriana Fasihah
Muhammad DFarith Haikal
Muhammad Akmal Hazim

Kejohanan Balapan dan Padang 2015

Naib Johan 100 meter bawah 11 tahun. Naim dari 5 Pintar. Tahniah!

Monday, 23 February 2015

Terima kasih Cikgu Nik

Cikgu Nik Amzaiful
Terima kasih kepada cikgu Nik Amzaiful atau lebih dikenali sebagai cikgu Nik yang telah berpindah ke Kuala Selangor. Pihak SKKM mengucapkan semoga berbahagia bersama keluarga dan meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah baru.

Tuesday, 17 February 2015

Monday, 16 February 2015

Tahniah SKKM | Keputusan Tenis MSSD

Keputusan tenis mssd 2015
Mohd Naufal b Mohd Shukri - Naib Johan
Mohd Akmal Hazim b Mohd Rafidi - Ketiga
Kedua-dua layak mewakili daerah ke negeri..
Terima kasih atas sumbangan semua

Sunday, 8 February 2015

Bina Portal Guru | VLE Frog

Salam

Sebagai meningkatkan mutu VLE Frog Sk Kg. Muhibbah, pihak sekolah telah membina satu laman untuk guru-guru SKKM membina portal sendiri.

Tujuan adalah untuk memudahkan guru-guru berkongsi dan memuat turun bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu murid-murid juga mendapat manfaat dari portal guru selain dari laman matapelajaran. Ini juga memudahkan pihak pentadbiran (Guru Besar) melihat perkembangan dan kemajuan guru dalam VLE Frog.

Cara membina portal adalah seperti berikut:

1. Setelah anda masuk ke VLE Frog anda, klik pada laman sekolah dan seterusnya klik pada portal guru. Kemudian sila klik Contoh Bina Portal


2. Laman Contoh Bina Portal Guru telah dibuka. Sila klik site dan klik pada duplicate site


3. Isikan nama laman dan diskripsi. Kemudian klik pada finish. 
isikan nama anda sendiri dan diskripsi


4. Siap dah! kemudian anda boleh edit widget yang hendak digunakan. Mengikut kesesuaian. Setelah selesai edit, anda perlu berkongsi agar laman tersebut dapat dilihat oleh pengguna lain.


5.  Klik pada perkataan share disebelah kiri dan klik share

\



6. Letakkan tags dan keywords. Pastikan anda tandakan tick pada kotak kecil dibawah perkataan template. Kemudian tekan next.




7.
Pastikan anda telah tandakan pada public dan can contribute sebelum anda tekan butang share

 
8. Siap. Sila maklumkan pada admin jika telah selesai untuk diletakkan pada laman sekolah VLE Frog

UNDI RUMAH SUKAN SKKM 2015

Assalamualaikum

Apa khabar warga SKKM. Dah ''hop in'' dengan VLE Frog sekolah anda? Tahu tak kita sekarang sedang sibuk dengan hari Sukan Tahunan sekolah yang akan berlangsung pada bulan Mac 2015?

Pihak sekolah telah mebina satu laman untuk warga SKKM bercerita dan berkongsi pengalaman sukan pada tahun ini. jadi jangan tunggu lama-lama.. hop in dan undi !!

Disini disediakan cara-cara untuk mengundi:

taipkan https://aba4057.1bestarinet.net dan masukkan id yes anda dan kata kunci.


klik pada laman sekolah. lihat gambar diatas.



Klik pada laman HARI SUKAN SKKM 2015

 UNDI!!!




PAUTAN APLIKASI

vle frog HRMIS KPM BPK BPG eGaji ePangkat e-GTukar eTukar EMIS ONLINE HRMIS