Pendidikan Khas

 Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Visi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid Pendidikan Khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  

Misi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya, dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara. 

Sejarah Penubuhan Pendidikan Khas Sk Kg Muhibbah

PPKI SK Kg Muhibbah mula dibuka pada 8 Febuari 2002. Jumlah murid terkini yang mengikuti program ini ialah 52 orang dengan bimbingan seramai 13 orang guru. Pada asalnya program ini hanya mempunyai seorang murid dan  seorang guru sahaja. Kini  jumlah murid dari tahun ke tahun mula bertambah  dengan bermulanya 1 kelas hingga 6 kelas telah dibuka iaitu Murni 1 hingga Murni 6.

Pada 3 Januari 2007 kelas Prasekolah PKBP pula dibuka dengan kehadiran 2 orang murid dan seorang guru berserta seorang pembantu pengurusan murid. Pada tahun 2008  PPKI telah pun menerima seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn Zahara bt Harun yang dahulunya sebagai penyelaras PPKI. Manakala pada tahun 2011, En Mohamad Roslan Bin Zainuddin  telah pun dilantik sebagai penyelaras PPKI yang terbaru.

PPKI juga telah menerima seramai 4 orang pembantu pengurusan murid pada tahun 2007 hingga 2010. Kini warga PPKI dan Pra Sekolah PKBP semakin besar dan bertambah dengan adanya penambahan warga setiap tahun.
   

Comments