Carian ID YES

Thursday, 17 July 2014

Tuesday, 15 July 2014

GERAK GEMPUR HAND-HOLDING PENGGUNAAN VLE DI SEKOLAH-SEKOLAH KPM



GERAK GEMPUR HAND-HOLDING PENGGUNAAN VLE DI SEKOLAH-SEKOLAH KPM



Pengetua/ Guru Besar,Sekolah
Menengah/ Rendah Negeri Perak.
Tuan,
1.BTPN Perak dan semua PKG Perak akan melaksanakan Gerak Gempur Penggunaan VLE di sekolah-sekolah KPM Negeri Perak mulai 14 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014.
2. Gerak gempur ini bertujuan untuk memastikan penggunaan VLE di sekolah mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM iaitu 30% murid yang login VLE menggunakan VLE sekurang-kurangnya 30 minit seminggu.
3. Keputusan Mesyuarat JK Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh KSU KPM 100% guru, 100% murid dan 70% ibu bapa login VLE.
4. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan memberi kerjasama dalam pelaksanaan gerak gempur ini.
Sekian, harap maklum.
NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Perkhidmatan ICT,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 013-442 5553

Portal Rasmi JPN Perak

Kursus Orientasi KSSR Tahun 5


Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.
Tuan,
KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) TAHUN 5 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) - 2014 NEGERI PERAK
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada semua ketua panitia mata pelajaran di sekolah rendah.
2.   Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan membenarkan Ketua Panitia mata pelajaran di sekolah tuan untuk hadir ke kursus-kursus tersebut di lokasi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Surat panggilan kursus boleh dimuat turun di ruangan "Attachments". 
3.   Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun dan mencetak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 mengikut mata pelajaran dan membawa satu salinan semasa menghadiri kursus-kursus tersebut.
4.   Pegawai tuan diminta agar dapat meninggalkan tugasan kepada murid semasa beliau menghadiri kursus-kursus berkenaan.
Nota: Jadual terkini kursus adalah bagi semua mata pelajaran. Harap tuan dapat memberi perhatian terhadap tarikh yang ditetapkan.
Sekian.
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Jadual Kursus Orientasi Kssr Tahun 5 2014 (Download)
Surat JPN Perak (Download)
DSKP Tahun 5 Kssr (Download)

Monday, 14 July 2014

Majlis perpisahan Cikgu Rosniza

Pada perhimpunan minggu ini juga diadakan majlis perpisahan seorang guru yang telah berkhidmat selama 13 tahun 7 bulan,  Cikgu Rosniza yang telah bertukar ke SK Lasah sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum. SKKM mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga diatas curahan dan sumbangan cikgu disekolah. Semoga cikgu akan terus cemerlang di sekolah baru.
JASAMU CIKGU AKAN KAMI INGAT SELALU...

Murid yang berjaya dalam PKSR 1

Sempena kejayaan murid murid SKKM yang mendapat 5A dan 4A 1B, pihak sekolah menyediakan hadiah istimewa kepada murid yang berjaya. Semoga murid murid yang berjaya akan terus mengekalkan keputusan mereka dan menjadi semangat kepada murid murid yang lain.

Kuiz Ramadhan Kali ke-2

Tarikh : 14 Julai 2014
Tempat : Perhimpunan

PAUTAN APLIKASI

vle frog HRMIS KPM BPK BPG eGaji ePangkat e-GTukar eTukar EMIS ONLINE HRMIS