Carian ID YES

Tuesday, 30 September 2014

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 1 (2015) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI PERAK

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN“

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

Semua Pegawai Unit Pendidikan Islam

Semua Guru Besar SK

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Negeri Perak

Tuan,

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 1 (2015) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI PERAK

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menetapkan kemasukan murid ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seperti ketentuan berikut:

Perkara :Pengambilan borang permohonan kemasukan ke SABK

Tarikh :29.9.2014

Tempat: Di SABK yang berhampiran

Tarikh tutup permohonan 14.11.2014

Peperiksaan Ujian Selaras SABK :29.11.2014
Keputusan Kelayakan murid ke SABK :12.12.2014

Dipos kepada murid dan SABK yang berkaitan

Kemasukan murid Tingkatan 1 Tahun 2015 :4.1.2015

3.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Asiah bt Mohamad Sani di talian 05-2414000 sambungan 173 atau 019-5030385.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

( HAJAH SALMIAH BINTI SABRAN, A.M.N. )

Ketua Sektor Pendidikan Islam

b.p. Pengarah Pendidikan Perak

s.k. :    Pengarah Pendidikan Perak

Monday, 29 September 2014

Sunday, 28 September 2014

Program Bulan Pendidikan Khas

Tarikh : 29 September-  7 November 2014
Tempat : SKKM
Pada pagi ini diadakan perasmian Program Bulan Pendidikan Khas. Perasmian program diadakan dengan  persembahan dari murid- murid pendidikan khas SKKM

Sunday, 7 September 2014

Program Mohon Restu UPSR

Murid- murid tahun 6 diberi taklimat dan kata- kata azimat sebelum menduduki peperiksaan UPSR dan memohon restu dari guru- guru semoga ilmu yang diterima memberi manfaat kepada mereka dan di permudahkan menjawab soalan- soalan UPSR

Penilaian Pusat Sumber Sekolah

Pada 4 September 2014, SKKM telah dihadiri oleh Hakim Pusat Sumber Sekolah bagi pertandingan PSS peringkat negeri. Semoga SKKM berjaya mendapat tempat terbaik. AMIN

Pemenang pertandingan NILAM Peringkat Sg. Siput

Tahniah kepada murid SKKM kerana berjaya mendapat tekpat terbaik dalam pertandigan Bahasa Melayu dan English

PAUTAN APLIKASI

vle frog HRMIS KPM BPK BPG eGaji ePangkat e-GTukar eTukar EMIS ONLINE HRMIS