Bina Portal Guru | VLE Frog

Salam

Sebagai meningkatkan mutu VLE Frog Sk Kg. Muhibbah, pihak sekolah telah membina satu laman untuk guru-guru SKKM membina portal sendiri.

Tujuan adalah untuk memudahkan guru-guru berkongsi dan memuat turun bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu murid-murid juga mendapat manfaat dari portal guru selain dari laman matapelajaran. Ini juga memudahkan pihak pentadbiran (Guru Besar) melihat perkembangan dan kemajuan guru dalam VLE Frog.

Cara membina portal adalah seperti berikut:

1. Setelah anda masuk ke VLE Frog anda, klik pada laman sekolah dan seterusnya klik pada portal guru. Kemudian sila klik Contoh Bina Portal


2. Laman Contoh Bina Portal Guru telah dibuka. Sila klik site dan klik pada duplicate site


3. Isikan nama laman dan diskripsi. Kemudian klik pada finish. 
isikan nama anda sendiri dan diskripsi


4. Siap dah! kemudian anda boleh edit widget yang hendak digunakan. Mengikut kesesuaian. Setelah selesai edit, anda perlu berkongsi agar laman tersebut dapat dilihat oleh pengguna lain.


5.  Klik pada perkataan share disebelah kiri dan klik share

\



6. Letakkan tags dan keywords. Pastikan anda tandakan tick pada kotak kecil dibawah perkataan template. Kemudian tekan next.




7.
Pastikan anda telah tandakan pada public dan can contribute sebelum anda tekan butang share

 
8. Siap. Sila maklumkan pada admin jika telah selesai untuk diletakkan pada laman sekolah VLE Frog

Comments