Profil Sekolah


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


Kod Sekolah
ABA4057
Tarikh Ditubuhkan
01 Januari  2001
Nama Sekolah
SK Kampung Muhibbah
Nama Guru Besar
Pn. Azizah binti Salleh
Gred Sekolah
B
Kategori
Sekolah Rendah Luar Bandar
Jarak Ke Bandar Terdekat
3.00KM
Alamat
SK Kampung Muhibbah,Jalan Jalong,
31100, Sungai Siput (U), PERAK
Telefon / Faks
605-5974758 / 605-5983086
E-mail
ABA4057@moe.edu.my
Jumlah Murid
474 orang
Bil Guru Sedia 
45 orang
PKG
PKG Sungai Siput





SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2000. Bangunan sekolah ini dibina dikawasan bekas ladang tapak kelapa sawit dengan peruntukan dari Kementerian Kerja Raya   Malaysia. Luas kawasan sekolah ini ialah 12 ekar. Sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat, 2 blok bagunan 2 tingkat dan sebuah kantin. Sekolah ini juga dilengkapi dengan bilik-bilik khas yang mencukupi. Padang besar sekolah ini berkongsi dengan padang SMK Muhibbah. Manakala terdapat padang kecil untuk latihan permainan.

          Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Mohd Nadzri Bin Haji Jaafar. Beliau berkhidmat di sekolah ini pada bulan Disember 2000. Pada masa itu 10 kelas telah dibuka iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 5 dengan bilangan murid sebanyak 246 orang dan tenaga pengajar seramai 16 orang. Pada tahun 2002 sekolah ini telah menempatkan murid-murid pendidikan khas seramai 7 orang.    Seterusnya pada tahun 2006 sebuah kelas pra sekolah tambahan dan kelas pra sekolah pendidikan khas telah dibina.

          Pada awal tahun 2004, Puan Paizah Bt Alias telah menggantikan Tuan Haji Mohd Nadzri Bin Haji Jaafar yang telah berpencen sebagai Guru Besar yang baru dan berkhidmat  sehingga akhir     tahun 2004. Tempat beliau telah diisi oleh En Anuar B. Saad bermula tahun 2005 sehingga pertengahan tahun 2009. Puan Mariam Bt Saidi telah menggantikan tempat beliau. Namun pada akhir 2009 Puan Mariam Bt Saidi telah pulang ke rahmatullah. Pada 17 Mac 2010, Puan Rodziah Bt Khalid telah ditempatkan di sekolah ini sehingga 15 Januari 2018. Tempat beliau telah diambil alih oleh Pn. Azizah binti Salleh pada 16 Januari 2018.

        Pada masa sekarang terdapat empat aliran pendidikan di sekolah ini iaitu aliran perdana, aliran pendidikan khas integrasi, pra sekolah dan pra sekolah pendidikan khas yang menempatkan seramai 488 orang murid dan 46 orang tenaga pengajar.

      Pada bulan November 2016 sebuah Dewan Arena telah siap dibina dengan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Comments