KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 1 (2015) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI PERAK

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN“

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

Semua Pegawai Unit Pendidikan Islam

Semua Guru Besar SK

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Negeri Perak

Tuan,

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 1 (2015) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI PERAK

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menetapkan kemasukan murid ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seperti ketentuan berikut:

Perkara :Pengambilan borang permohonan kemasukan ke SABK

Tarikh :29.9.2014

Tempat: Di SABK yang berhampiran

Tarikh tutup permohonan 14.11.2014

Peperiksaan Ujian Selaras SABK :29.11.2014
Keputusan Kelayakan murid ke SABK :12.12.2014

Dipos kepada murid dan SABK yang berkaitan

Kemasukan murid Tingkatan 1 Tahun 2015 :4.1.2015

3.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Asiah bt Mohamad Sani di talian 05-2414000 sambungan 173 atau 019-5030385.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

( HAJAH SALMIAH BINTI SABRAN, A.M.N. )

Ketua Sektor Pendidikan Islam

b.p. Pengarah Pendidikan Perak

s.k. :    Pengarah Pendidikan Perak

Comments