Tech Starters (Modul Pembudayaan Teknologi) boleh dilaksanakan di sepanjang bulan Januari hingga Mac 2015.
● Terdapat 5 modul di dalamnya iaitu Digital Citizenship, Set Clear Expectations, Get Organised,Power Researching dan The Voice.
● Di dalam setiap modul, terkandung slaid pembentangan, rancangan pengajaran dan lembaran kerja.
● Guru perlu memuat turun laman Tech Starters dan memahami topik serta cara menggunakan bahan-bahan
yang disediakan di dalam setiap modul.
Adalah disyorkan agar Frog Admin atau guru kaunseling menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) supaya semua guru dapat memahami modul-modul yang terkandung di dalam Tech Starters.
Di bawah adalah beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan
program Tech Starters di sekolah masing-masing, iaitu:
1. Mengambil 5 minit dari setiap waktu P&P dalam sehari dan mengumpulkan masa tersebut untuk menjalankan Tech Starters (Modul Pembudayaan Teknologi) pada waktu pertama atau waktu terakhir P&P pada hari persekolahan tersebut, atau;
2. Memanfaatkan kelas ganti sebagai satu alternatif, atau;
3. Membuat jadual waktu anjal, atau;
4. Menjadikan laman Tech Starters sebagai tugasan (assign) untuk pelajar dan mengadakan sesi perbincangan selepas tamat tempoh tugasan, atau;
5. Menjalankan modul P&P mengikut subjek yang sesuai dengan modul Tech Starters.
1. Mengambil 5 minit dari setiap waktu P&P dalam sehari dan mengumpulkan masa tersebut untuk menjalankan Tech Starters (Modul Pembudayaan Teknologi) pada waktu pertama atau waktu terakhir P&P pada hari persekolahan tersebut.
● Hari yang dicadangkan untuk melaksanakan modul Tech Starters ialah pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.
● Tech Starters (Modul Pembudayaan Teknologi) boleh dijalankan secara bergilir pada hari persekolahan. Contohnya: Selasa (Digital Citizenship), Rabu (Set Clear Expectations), Khamis (Get Organised).
● Sekolah perlu mempertimbangkan penggunaan Makmal Komputer.
2. Memanfaatkan kelas ganti.
● Guru boleh menggunakan modul Tech Starters sebagai aktiviti alternatif untuk kelas gantian.
3. Membuat jadual waktu anjal
● Bagi sesetengah sekolah, jadual waktu anjal boleh diwujudkan dengan menambah 30minit masa mengajar di awal waktu (sesi petang) atau di akhir waktu (sesi pagi).
● Hari yang dicadangkan untuk melaksanakan modul Tech Starters ialah pada hari Selasa,Rabu dan Khamis.
4. Menjadikan laman Tech Starters sebagai tugasan pelajar dan mengadakan sesi perbincangan selepas tamat tempoh tugasan.
● Guru perlu memahami modul Tech Starters dan menjadikan laman Tech Starters sebagai tugasan pelajar (menggunakan Assign di laman Tech Starters) agar mereka dapat mempelajarinya sendiri.
● Guru perlu menetapkan tempoh masa untuk pelajar menjalankan tugasan tersebut.
● Guru mengadakan perbincangan tentang modul dalam Tech Starters setelah tempoh masa tugasan tersebut tamat.
5. Menjalankan modul P&P mengikut subjek yang sesuai dengan modul Tech Starters.
Modul Guru
Digital Citizenship : Guru ICTL/TMK, Kaunselor
Set Clear Expectations : Guru Kelas, Guru ICTL/TMK
Get Organised : Guru Kelas, Guru ICTL/TMK
Power Researching : Guru Subjek BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah dan lain-lain
The Voice : Guru Kelas
Comments