KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Kepada
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR |
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana
semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara
sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur
Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada
tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air
akibat banjir.
Sebagai
Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan
kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan
sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi
tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi
negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015
bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan
itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk
menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun
2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula
persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri
lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga
dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b)
Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta
serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat
persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya
keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah
menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan
kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat
belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan 29 Disember 2014 |
Comments