Kursus Orientasi KSSR Tahun 5


Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.
Tuan,
KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) TAHUN 5 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) - 2014 NEGERI PERAK
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada semua ketua panitia mata pelajaran di sekolah rendah.
2.   Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan membenarkan Ketua Panitia mata pelajaran di sekolah tuan untuk hadir ke kursus-kursus tersebut di lokasi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Surat panggilan kursus boleh dimuat turun di ruangan "Attachments". 
3.   Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun dan mencetak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 mengikut mata pelajaran dan membawa satu salinan semasa menghadiri kursus-kursus tersebut.
4.   Pegawai tuan diminta agar dapat meninggalkan tugasan kepada murid semasa beliau menghadiri kursus-kursus berkenaan.
Nota: Jadual terkini kursus adalah bagi semua mata pelajaran. Harap tuan dapat memberi perhatian terhadap tarikh yang ditetapkan.
Sekian.
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Jadual Kursus Orientasi Kssr Tahun 5 2014 (Download)
Surat JPN Perak (Download)
DSKP Tahun 5 Kssr (Download)

Comments