Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Visi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada
murid-murid Pendidikan Khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada
murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat
berdikari, berjaya, dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan Negara.
Sejarah Penubuhan Pendidikan Khas Sk Kg Muhibbah
PPKI SK Kg Muhibbah mula dibuka pada 8 Febuari 2002.
Jumlah murid terkini yang mengikuti program ini ialah 52 orang dengan bimbingan
seramai 13 orang guru. Pada asalnya program ini hanya mempunyai seorang murid
dan seorang guru sahaja. Kini jumlah murid dari tahun ke tahun mula
bertambah dengan bermulanya 1 kelas
hingga 6 kelas telah dibuka iaitu Murni 1 hingga Murni 6.
Pada 3 Januari 2007 kelas Prasekolah PKBP pula dibuka
dengan kehadiran 2 orang murid dan seorang guru berserta seorang pembantu
pengurusan murid. Pada tahun 2008 PPKI
telah pun menerima seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn Zahara bt
Harun yang dahulunya sebagai penyelaras PPKI. Manakala pada tahun 2011, En
Mohamad Roslan Bin Zainuddin telah pun
dilantik sebagai penyelaras PPKI yang terbaru.
PPKI juga telah menerima seramai 4 orang pembantu
pengurusan murid pada tahun 2007 hingga 2010. Kini warga PPKI dan Pra Sekolah
PKBP semakin besar dan bertambah dengan adanya penambahan warga setiap tahun.
Comments